You are currently viewing Get  Free Acute Primary Care Services with Skim Perubatan MADANI

Get Free Acute Primary Care Services with Skim Perubatan MADANI

We are proud to announce that Klinik Pearl City is now a registered panel clinic for Skim Perubatan MADANI!

Eligible Sumbangan Tunai Rahmah (STR) recipients in the B40 group can receive Acute Primary Care Services at our clinic for FREE.

Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa Klinik Pearl City kini merupakan klinik panel berdaftar untuk Skim Perubatan MADANI! Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak dalam kumpulan B40 boleh menerima Perkhidmatan Penjagaan Primer Akut di klinik kami secara PERCUMA.

What is Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI is a pilot initiative by the Government of Malaysia through the Ministry of Health that is implemented to accommodate the health needs of the B40 group for Acute Primary Care Services.

Under Skim Perubatan MADANI, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) recipients in the B40 group can seek treatment at private medical clinics (GP) registered to the scheme.

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

What Can Be Treated Using Skim Perubatan MADANI?

These are the recognized ailments for Acute Primary Care Services under Skim Perubatan MADANI:

  • Cough and Cold
  • Diarrhoea and Vomiting
  • Sprains and Strains
  • Headache
  • Mild Trauma, such as Superficial Wounds & Others

    Treatments that are not included are 1) Routine Vaccination; 2) Health screening; 3) Routine NCD Follow-ups; 4) Routine Perinatal Follow-ups; 5) Family Planning; 6) Rehabilitation Request 7) Medicines without doctor’s consultation; and 8) Supplements Request 

Penyakit yang dirangkumi Rawatan Sakit-sakit Ringan di bawah Skim Perubatan MADANI:

  • Demam dan Selsema
  • Cirit Birit dan Muntah
  • Terseliuh
  • Sakit Kepala
  • Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain

    Rawatan yang tidak termasuk adalah 1) Imunisasi Rutin; 2) Saringan Kesihatan; 3) Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin; 4) Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin; 5) Perancangan Keluarga Rutin; 6) Perkhidmatan Rehabilitasi; 7) Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan 8) Permintaan Suplemen

Who Is Eligible?

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) recipients who are family households, senior citizens (without spouse) and singles.
  • Eligibility is automatic.
  • Eligible beneficiaries MUST make a declaration that they are NOT receiving any benefit equal or similar to this Scheme from any other employer/state government/medical agency scheme.

Check Your Eligibility HERE.

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terdiri daripada isi rumah keluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah automatik.
  • Penerima yang layak MESTI membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima apa-apa faedah yang sama atau serupa dengan Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan yang lain.

    Semak Kelayakan Anda DI SINI.

Benefit Amount for Skim Perubatan MADANI

Three (3) cumulative benefit entitlement by category for Skim Perubatan MADANI are (until December 2023.):

Family Household
RM 250
Senior Citizens (without spouse)
RM 125
Singles
RM 75
*List of households registered with LHDN*Aged 60 and above* Singles aged between 21 – 59 years old
* Singles OKU aged between 19- 59 years old

This allocation limit will be maintained until December 31, 2023.

Each household, senior citizen (without spouse), or single individual can receive a complete single visit treatment, within the limits for every visit, until the beneficiary fully utilises the above cumulative amount.

Please note that this allocation limit may be subject to change in future years depending on Government policies or programs. The benefits of the Skim Perubatan MADANI are subject to changes found HERE.

Tiga (3) kategori jumlah kumulatif manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :

Isi Rumah Berkeluarga
RM 250
Warga Emas (tanpa pasangan)
RM 125
Bujang
RM 75
* Senarai isi rumah yang berdaftar dengan LHDN*Berumur 60 tahun ke atas*Bujang berumur antara 21 – 59 tahun
*Bujang OKU berumur antara 19- 59 tahun

Had manfaat ini akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2023.

Setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan atau individu bujang boleh menerima rawatan lengkap mengikut had setiap lawatan sehingga menggunakan sepenuhnya jumlah kumulatif seperti yang dinyatakan.

Had peruntukan manfaat ini mungkin boleh berubah pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada polisi atau program Kerajaan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada perubahan DI SINI.

For more information on Skim Perubatan MADANI:

Check Eligibility: HERE

ProtectHealth Web : ENG | BAHASA

KKM Media Release for Skim Perubatan MADANI: HERE

GET IN TOUCH

Schedule an Appointment

Leave a Reply